Followers

Saturday, 13 August 2011

BERHENTI!!!!!...CUKUP!!!!


MENTEGA HARAM: PENGGUNA ISLAM SUDAH LAMA DI TIPU

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #362


MENTEGA HARAM: PENGGUNA ISLAM SUDAH LAMA DI TIPU
SIAPA YANG HARUS BERTANGGUNG JAWAP


ISU MENTEGA HARAM
  • MALAYSIA telah di gegarkan dengan berita bahawa sejenis mentega yang berjenama"Golden Churn Creamy Butter" telah di SAHKAN mengandungi bahan dari DNA Khinzir oleh Pihak JAKIM - Jabatan Agama Islam Malaysia. Baca Sini!
  • Dimana dengan pengumunan tersebut telah banyak perniagaan yang membuat KEK di seluruh Malaysia dan juga Singapura serta Indonesia terjejas.
  • Dimana Pihak JAKIM telah menasihatkan Umat Islam untuk menghindarkan diri daripada membeli Mentega dan hasil-hasil Kek daripada Mentega tersebut.
PERSOALAN YANG MENGELIRUKAN IALAH
  • Yang sangat menghairankan ialah Syarikat Pembuat"Golden Churn" memiliki SIJIL HALAL yang mengesahkan MENTEGA yang mereka hasilkan itu adalah HALAL menurut Piawaian Syariah Islam Lihat Ini!
  • Juga melalui Pengakuan yang di buat oleh Andrew Ballantyne Executive Chairman untuk Syarikat K.L.Ballantyne Pty Ltd Baca DiSini!
  • Dimana 4 Majlis Ulama dari Indonesia dan Australia yang mengeluarkan SIJIL PENGESAHAN HALAL tersebut.
  • Dan Produk keluaran Syarikat K. L. Ballantyne Pty. Ltd bukan sahaja di pasarkan di Malaysia, malah meliputi Negara-Negara Islam di Timur Tengah, Asia, Pacific dan Amerika.
  • Bahkan Syarikat ini memiliki SIJIL-SIJIL seperti   ISO, GMP dan  HACCP, juga Kilang ini di luluskan sebagai kemudahan eksport oleh Perkhidmatan Pemeriksaan Kuarantin Australia dan juga di lesenkan oleh Dairy Keselamatan Makanan Victoria
  • Ini adalah Penegasan Pihak Syarikat tersebut "Ballantyne only use high quality milk to make cream that is churned into butter Ingredients are, Cows Milk, Milk solids (non fat), Moisture and 1.5-2% salt. No other additions, colours or preservatives are permitted. We are seeking legal advice to put an end to these false claims" atau terjemahan nya berbunyi "Ballantyne hanya menggunakan susu yang berkualiti tinggi untuk membuat krim yang berjaya melahirkan ke dalam Bahan-bahan mentega, Susu Lembu,  Pepejal Susu (bukan lemak), Lembapan dan garam 1,5-2%. Tiada penambahan yang lain, warna atau pengawet yang dibenarkan.Kami mendapatkan nasihat undang-undang untuk menghentikan tuntutan-tuntutan palsu ini "
PERSOALAN KEDUA
  • Jika Piawaian yang di guna-pakai oleh Syarikat K. L. Ballantyne Pty. Ltd untuk memastikan Bahan-Bahan Asas yang di gunakan untuk menghasilkan Mentega "Golden Churn" TIDAK MENEPATI Syariah Islam, Mengapa Syarikat ini memperolehi 3 Jenis SIJIL HALAL dari berlainan Jabatan dan Negara?
  • Atau adakah Pihak JAKIM menggunakan Piawaian yang berbeza untuk MENILAI Bahan-Bahan Asas di dalam Pembuatan Mentega "Golden Churn" yang Tidak Wujud di dalam PENAFSIRAN Jabatan Agama yang Meluluskan Sijil-Sijil HALAL tersebut?
TETAPI ITU BUKAN PERSOALAN UTAMA DI SINI
  • PERSOALAN UTAMA ialah Mengapa Pihak JAKIM mengambil masa yang AGAK LAMA untuk MENGESAN produk-produk yang TIDAK HALAL seperti Kes "Mentega Golden Churn"?
  • Dan Mengapa sekarang ia di kesan dan di umumkan kepada ramai sewaktu Umat Islam sedang bersiap-siap untuk menghadapi Perayaan Hari Raya?
  • Adakah Kes Mentega "Golden Churn" ini benar-benar SAHIH KEHARAMAN NYA dari Sudut Penyelidikan Kimia DNA dan Tidak Bermotifkan Politik?
  • Kerana jika Pihak JAKIM 100% mengistiharkan nya sebagai HARAM kerana SAH mengandungi DNA Khinzir, maka Ketiga-tiga Jabatan Agama yang mengeluarkan SIJIL HALAL tersebut telah TERCABAR KEWIBAWAAN mereka sebagai Penegak SYARIAH dan boleh di tuduh sebagai MENIPU UMAT ISLAM di seluruh Dunia!.
OLEH KERANA ITU
  • Pihak JAKIM selain melakukan KAJIAN DNA untuk Mengesan DNA-DNA HARAM terhadap Sumber Bekalan Makanan, Pihak JAKIM juga harus melakukan Penyelidikan mengenai KESAHIHAN SIJIL-SIJIL HALAL yang di perolehi oleh sesebuah Syarikat Pengeluar Makanan Halal.
  • Kerana langkah ini akan dapat memberikan KEJELASAN dari Sudut yang lebih LUAS mengapa sesebuah Syarikat itu mendapat SIJIL HALAL mereka.
  • Dan dari Dasar Apa sesuatu Produk itu DI SAHKAN sebagai HALAL untuk kegunaan Umat ISLAM oleh Pihak Jabatan-Jabatan Agama yang terlibat.
  • Disini lah KEPERLUAN nya Jalinan Perhubungan Pihak JAKIM dengan Jabatan-Jabatan Agama di Seluruh Dunia yang menyentuh PENSIJILAN HALAL.
ATAU
  • Di dalam Dunia ISLAM pada hari ini Tidak Wujud KESAMAAN untuk MENTAKRIFKAN sesuatu bahan itu sebagai HALAL atau pun HARAM
  • Yang Tidak Di Dasarkan dari SYARIAH yang sama dari HUKUM-HUKUM ISLAM yang bersandarkan dari Al Quran.
RUMUSAN
  • Langkah JAKIM melakukan Pemantauan mengenai Makanan HALAL adalah di sanjung tinggi kerana telah melakukan Tanggung Jawap mereka sebagai Penjaga Syiar Islam di dalam Negara ini.
  • Tetapi CARA Pihak JAKIM melakukan TUMPUAN dan PANTAUAN terhadap makanan-makanan yang di syaki sebagai melanggar Syariah Islam sangat Menduka-citakan kerana boleh di sifatkan sebagai LEMBAB BERTINDAK
  • Kerana masih banyak lagi produk-produk yang di Sijil kan HALAL masih belum dapat di pastikan KEHALALAN nya dengan tepat melalui Penyelidikan Saintifik seperti Pengenalan DNA.
P/S: 

Friday, 12 August 2011

ke mana perginya..sisa2x hidup kita???


USIA YANG BERLALU

“Setiap hamba pada hari akhirat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-mana sehingga ditanya empat perkara iaitu mengenai :
umur; ke mana dihabiskannya,
usia muda; bagaimana dia melaluinya,
harta; dari mana dia perolehinya dan bagaimana dia membelanjakannya serta
ilmu; apakah dia sudah beramal dengannya.”
( Hadis riwayat Tirmidzi ) 

islam.....pikirkan la...


Islam Terasing???

Lagi-lagi berita tentang penindasan umat Islam dipaparkan. Aku jadi hiba. Islam yang bermula dari keadaan asing dan kembali menjadi terasing. Benarlah seperti yang diriwayatkan dalam satu hadis.
Dari Tsauban r.a, katanya Rasulullah saw pernah bersabda: “Hampir tiba satu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang mengerumuni hidangan.”
Lalu sahabat bertanya, “Apakah ketika itu bilangan kami kecil, ya Rasulullah?”
Jawab Rasullah saw, “Tidak. Bahkan ketika itu bilangan kamu ramai namun cuma umpama buih-buih di lautan. Allah swt akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah swt akan mencampakkan penyakit wahn ke dalam hati-hati kamu.”
Lalu sahabat bertanya, “Apakah penyakit wahn itu wahai Rasulullah.”
Kata Rasulullah saw, “Iaitu cintakan dunia dan takut mati.”

Ya Allah… memang benar musuh-musuh Islam telah dicabut darinya rasa hormat pada pengikut Muhammad saw ini. Saudara seagama kami diperlakukan seperti binatang. Dibunuh sesuka hati. Segala tragedi yang menimpa sekarang mungkin atas sebab kita sendiri sudah terpesong jauh dari pegangan Islam. Islam hanya tinggal nama. Ya Allah, mungkinkah Kau sedang menghancurkan mereka yang tidak cinta padaMu?

Sepertimana yang terlaku pada kaum-kaum yang terdahulu, Allah menghapuskan kaum yang engkar pada muka bumi ini seperti dalam firmannya:
“Wahai orang-orang beriman, sesiapa di antara kamu yang berpaling dari agamanya, maka kelak Allah mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela, yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah diberikanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui.” (al-Maidah:54)